Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi

Muhammad Sanusi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, di Shah Alam pada Ahad. - Facebook Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69
Muhammad Sanusi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, di Shah Alam pada Ahad. - Facebook Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka berlaku dalam penggal ini tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, ahli Pas perlu mengambil berat perkara tersebut dan memastikan persempadanan itu berada dalam kawalan parti itu.

“Sudah sampai tempoh untuk dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya setiap 10 tahun.

“Jika mereka (Kerajaan Perpaduan) ada dua pertiga di Parlimen, ini masa untuk mereka mengadakan percaturan itu.

“Inilah yang perlu diambil berat oleh semua pihak dalam Pas, supaya persempadanan yang akan datang tidak memberi kelebihan kepada parti lawan dan bagaimana untuk kita tentukan juga, perkara ini berlaku dalam kawalan kita.

"Mahu atau tidak mahu, kerajaan ini mesti ditumbangkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah itu berkata, Pas kini menjadi pemain utama hala tuju politik negara.

“Tiada parti lain yang boleh diharapkan rakyat Malaysia selain daripada Pas untuk mencaturkan, menyusun perjalanan politik negara ini.

“Seluruh harapan rakyat Malaysia terletak di bahu Pas. Mari kita sama-sama jayakan... penglibatan semua pihak dalam parti untuk menjayakan visi dan misi pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Artikel Berkaitan:

“Semua ini terletak di bahu kita,” ujarnya. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!