[VIDEO] 'Satu suara tolak jenayah perang Israel' - Nurul Izzah

A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa rakyat negara ini untuk terus bersama dan bersatu suara menolak jenayah perang yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, apa yang berlaku hari ini anak kecil tidak berdosa di Palestin dibunuh.

"Mari kita yang cintakan keadilan bersuara secara satu untuk menolak jenayah perang yang dilakukan terhadap warga Palestin oleh Israel.

"Gesa dan minta serta-merta adanya gencatan senjata. Anak kecil dan anak tidak bersalah dibunuh, jadi kerana itu pada saya ini adalah mesej kita bersama," katanya kepada pemberita selepas himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini pada Ahad.

Nurul Izzah (tengah) hadir himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.
Nurul Izzah (tengah) hadir himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang bersama dalam hasrat ini.

Katanya, sudah tentu kerajaan sedang usahakan perkara ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang penting semuanya, suara-suara moral rakyat kita menyatukan usaha membanteras kekejaman kezaliman rejim zionis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ini bukan hanya satu isu dihadapi umat Islam, tetapi apa yang berlaku bagaimana gereja di Palestin turut dibom.

Fahmi ditemui pemberita selepas himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.
Fahmi ditemui pemberita selepas himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.

Tambahnya, tragedi yang berlaku di Palestin tidak mengenal agama dan semua menjadi mangsa.

"Jadi saya minta semua rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan kerajaan telah berusaha untuk menyampaikan bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri minggu lalu, tetapi banyak yang akan kita usahakan.

"Saya hadir hari ini sebagai tanda sokongan usaha bersolidariti dengan rakyat Palestin sekarang yang ditindas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!