Air Terjun Kota Tinggi ditutup sementara waktu

Keadaan kawasan Air Terjun Kota Tinggi yang rosak akibat banjir. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi
Keadaan kawasan Air Terjun Kota Tinggi yang rosak akibat banjir. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Air Terjun Kota Tinggi di sini ditutup sementara waktu bermula 15 Disember lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kerosakan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi info yang dikongsi di Facebook Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), tarikh operasi semula Air Terjun Kota Tinggi akan dimaklumkan kelak selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

Kawasan Air Terjun Kota Tinggi yang dilanda banjir baru-baru ini. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi
Kawasan Air Terjun Kota Tinggi yang dilanda banjir baru-baru ini. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi

"Dimaklumkan bahawa bermula 15 Disember pengoperasian Air Terjun Kota Tinggi ditutup buat sementara waktu.

"Hal ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan di sekitar kawasan Air Terjun Kota Tinggi selepas tragedi banjir yang melanda," kata MDKT menerusi kenyataan itu.

Terdahulu, MDKT turut berkongsi gambar memaparkan kerosakan kemudahan yang terdapat di sekitar kawasan air terjun berkenaan di Facebook.

Keadaan kawasan Air Terjun Kota Tinggi selepas dilanda banjir. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi
Keadaan kawasan Air Terjun Kota Tinggi selepas dilanda banjir. - Foto FB Majlis Daerah Kota Tinggi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!