Himpunan 'Freedom For Palestine' berlangsung aman - Polis
KUALA LUMPUR - Himpunan Freedom For Palestine yang dianjurkan di Dataran Merdeka dekat sini pada Ahad berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, seramai 3,000 peserta telah hadir dalam himpunan terbabit.
"Kita ada terima notis penganjuran daripada pihak penganjur yang mengikuti semua peruntukan undang-undang.
"Himpunan ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan berlangsung tanpa sebarang insiden," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan perlu membuat permohonan kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sinar Harian turut melaporkan beberapa himpunan berkaitan Palestin telah dianjurkan di sekitar ibu negara dan negeri membabitkan beberapa pihak termasuk parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!