Puteri Sarah demam panas, badan lemah tidak boleh berdiri

Puteri Sarah memaklumkan bahawa dirinya mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40 darjah celsius menerusi satu hantaran di laman sosial, Instagram pada Ahad.
Puteri Sarah memaklumkan bahawa dirinya mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40 darjah celsius menerusi satu hantaran di laman sosial, Instagram pada Ahad.
A
A
A

PELAKON Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat demam panas sehingga mencecah suhu badan 40 darjah celsius.

Perkara itu dimaklumkan Puteri Sarah menerusi satu hantaran di media sosial, Instagram pada Ahad.

“Lima hari demam, badan panas dan sejuk sangat tapi tidak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit.

“Pergi @officialhlive semalam, @farhana.ab.rahman dan @feridehikmetatak tanya, kenapa rupa kau ni teruk sangat?” tulisnya.

Menurutnya, susulan daripada itu beliau tekad untuk pergi ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan kerana merasakan badannya kurang sihat.

Selepas pemeriksaan lanjut, doktor memaklumkan bahawa Puteri Sarah mengalami demam panas dan dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan selanjutnya.

“Suhu sekarang sudah 40 darjah celsius dan terus masuk ke wad kecemasan dengan ‘drip with paracetamol and vitamin C’. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah,” ujarnya.

Puteri Sarah berkata, hasil pemeriksaan darah menunjukkan dia tidak mengalami sebarang komplikasi lain.

Artikel Berkaitan:

“Pengajaran daripada cerita ini, kalau rasa tak sedap badan, pergilah buat pemeriksaan kesihatan dengan segera. Takut nanti jadi lagi teruk,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!