Pollard inspirasikan Springboks

Pollard - Foto AFP
Pollard - Foto AFP
A
A
A

PENALTI lewat perlawanan Handre Pollard memastikan Afrika Selatan mara ke pentas perlawanan akhir ragbi Piala Dunia selepas meraih kemenangan 16-15 ke atas England dalam aksi separuh akhir di Stade de France, Saint Denis, pada Ahad.

Kemenangan itu yang diinspirasikan Pollard membolehkan penyandang juara Springboks tersebut berdepan New Zealand dalam perlawanan akhir di venue sama awal pagi Ahad ini.

Kehadiran Pollard, 29, menggantikan Malcolm Marx yang mengalami kecederaan pada awal temasya berkenaan merupakan satu percaturan membuahkan hasil dalam perlawanan kelompok empat terbaik tersebut.

Sebelum ini, Pollard, yang merupakan antara watak utama Springboks merangkul kejuaraan pada Piala Dunia 2019 di Jepun, diketepikan daripada skuad 33 pemain awal selepas gagal ujian kecergasan.

Namun kecederaan Marx menyaksikan Springboks mula memperjudikan pemilihan Pollard diuji apabila pengendali Afrika Selatan, Jacques Nienaberb mengeluarkan Manie Libbok yang tidak efektif sebelum menggantikannya dengan Pollard.

"Kami memerlukan sedikit tenaga dan itulah menyebabkan kami memutuskan untuk meletakkannya di bangku simpanan pada awal perlawanan," kata Nienaberb.

Kapten Springboks Siya Kolisi pula menegaskan tidak meragui keupayaan Pollard untuk menjelmakan keputusan positif kepada pasukan.

“Dia telah melakukannya untuk kami sebelum ini, dan dalam perlawanan ini sekali lagi dia membuktikannya,” kata Kolisi.

Artikel Berkaitan:

RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023

Jadual Perlawanan

Perlawanan Akhir

AHAD (29 OKTOBER)

Afrika Selatan lwn New Zealand, 3 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!