UMNO terus pertahan falsafah perjuangan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, menerusi falsafah perjuangan itu, ia diterjemahkan dalam inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan antaranya mewujudkan Pra Tahfiz Kemas, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz dan TVET Wanita.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kesemua inisiatif berkenaan merupakan hasil cetusan idea UMNO untuk memperkasa pendidikan Islam sekali gus membantu perkembangan ekonomi dan kerjaya wanita.

"Terkini, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang saya pengerusikan akan menjadi medan untuk kita bersama-sama berdiskusi demi mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.

"Moga usaha dan ikhtiar ini dapat disampaikan ke peringkat akar umbi sebagai satu manifestasi iltizam dan komitmen UMNO untuk memperkasa agenda Melayu,” katanya dalam catatan Facebooknya, malam Ahad selepas menghadiri Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Jempol, Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut menjelaskan bahawa penyatuan adalah kunci kekuatan dan menjadi ramuan penting untuk memperhebatkan UMNO agar kembali kuat dan dapat menarik keyakinan rakyat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!