SPRM tahan tiga pegawai, kerani terima rasuah

 Azmi Alias
Azmi Alias
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi dan seorang kerani Pusat Lesen Memandu kerana menerima wang rasuah.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek perempuan berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 9 malam Ahad selepas satu operasi yang dijalankan hasil kerjasama sebuah syarikat konsesi untuk aplikasi utama kerajaan.

Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu untuk membantu calon lulus dalam ujian tersebut.

Siasatan yang masih dijalankan dijangka ada penahanan lain bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!