Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.40 bilion dan RM21.02 bilion dalam dana Islam.

Pada Isnin, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional melibatkan tender RM1.0 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan tender Qard RM500 juta untuk jangka masa tujuh hari dan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, BNM mengumum ia akan menerbitkan tender Bil Antara Bank (BNIB) Bank Negara bernilai RM2.5 bilion selama 33 hari pada 25 Okt beserta ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula balik serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM42.7 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM20.5 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!