Emery mahu Villa konsisten

Bailey (kanan) meraikan jaringannya dengan Youri Tielemans ketika menentang West Ham United. - Foto AFP
Bailey (kanan) meraikan jaringannya dengan Youri Tielemans ketika menentang West Ham United. - Foto AFP
A
A
A

UNAI Emery mahu Aston Villa mengejar impian mereka musim ini selepas membelasah West Ham 4-1 pada Ahad untuk mengecilkan jurang hanya dua mata dengan pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Douglas Luiz menjaringkan dua gol manakala Ollie Watkins dan Leon Bailey turut meledak jaringan ketika Villa mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut di tempat sendiri dalam liga.

Villa telah berubah dalam masa lebih setahun sejak Emery mengambil alih pasukan dengan hanya Manchester City dan Arsenal yang memenangi lebih banyak mata liga pada 2023.

Kemenangan membawa Villa naik ke tangga kelima, tetapi dalam jarak yang dekat dengan pendahulu City.

“Salah satu impian kami adalah untuk bersama tujuh pasukan teratas dan melakukan sesuatu di Eropah.

“Untuk beraksi dalam saingan bola sepak Eropah adalah sangat penting dan itulah apa yang perlu kami cuba lakukan. Kami perlu konsisten dalam apa yang kami lakukan," katanya.

Luiz beraksi pada tahap berbeza di bawah kendalian Emery dan meneruskan rentak jaringannya di Villa Park.

Pemain Brazil itu menjadi pemain Villa pertama yang menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut apabila rembatannya menewaskan Alphonse Areola di gawang West Ham pada minit 30.

Artikel Berkaitan:

Luiz kemudian menggandakan kelebihan pasukannya hasil sepakan penalti pada awal babak kedua selepas Edson Alvarez mengasari Ezri Konsa.

Jarrod Bowen merapatkan kedudukan lima minit kemudian untuk gol ke-100 dalam kariernya.

Bagaimanapun, hasrat Hammers untuk bangkit lenyap apabila Watkins meledak gol ketiga Villa sebelum Bailey melengkapkan kemenangan bergaya pasukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!