Penunggang motosikal maut langgar penghadang di lebuh raya

Tangkap layar keadaan selepas kejadian di lokasi. - Foto Ihsan media sosial.
Tangkap layar keadaan selepas kejadian di lokasi. - Foto Ihsan media sosial.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di Kilometer 259.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur masuk plaza tol Seremban-Port Dickson pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda RSX ditunggang lelaki berusia 33 tahun seorang diri dari arah Senawang menuju Seremban.

"Sebaik mangsa sampai di lokasi, mangsa disyaki hilang kawalan lalu melanggar tembok tengah besi penghadang jalan susur masuk ke arah plaza tol berkenaan.

"Berikutan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor G Sankar di talian 014-6000353 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!