Maradona dakwa pernah diculik makhluk asing
ARGENTINA - Legenda bola sepak dari Argentina, Diego Maradona sering memberikan kenyataan yang pelik bukan sahaja kepada wartawan malah rakan-rakan yang mengenalinya.
Baru-baru ini, Maradona yang berjaya menjadi wira negaranya memenangi Piala Dunia 1986 itu mendakwa dirinya pernah diculik makhluk asing dengan UFO ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Lapor TyC Sports yang memetik sumber.
“Ada faedahnya saya nak mereka-reka cerita seperti ini? Ada suatu hari tu, saya minum banyak sangat, dan saya hilang dari rumah selama tiga hari. Saya kemudian balik ke rumah dan memberitahu ibu saya bahawa saya telah diculik makhluk asing.
"Mereka menculik saya dengan UFO namun saya tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai perkara itu dan pada mulanya ibu saya anggap saya tidak serius, namun saya tidak mahu dengar kerana perkara itu adalah betul berlaku dalam hidup saya," katanya.
Selain itu, Diego Maradona turut mendedahkan kisahnya yang hilang teruna pada usia 13 tahun dan tewas di tangan seorang nenek yang berusia 59 tahun.
“Ketika itu saya baru berusia 13 tahun dengan seorang nenek tua di bilik bawah tanah,” katanya.
Maradona dianggap antara pemain bola sepak terbaik dalam sejarah yang sentiasa diletakkan sebaris dengan nama legenda seperti Pele dan salah satu insiden paling diingati adalah insiden Hand of God dilakukan beliau.
Maradona berjaya menjadi wira negaranya selepas memenangi Piala Dunia 1986 dengan aksi yang dianggap hampir 'one man show' pada ketika itu dan merupakan seorang pemain yang sangat berbakat walaupun banyak masalah di luar padang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!