Harveen Kaur ratu cantik Malaysia pertama tawan Kilimanjaro
![Harveen Kaur elakar sejarah tersendiri apabila muncul ratu cantik Malaysia pertama daki puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro. - Foto Bernama (kredit Datin Harveen Kaur)](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/10/23/2395610.jpg)
KUALA LUMPUR - Pemenang Mrs Malaysia World 2017, Datin Harveen Kaur melakar sejarah tersendiri apabila muncul ratu cantik Malaysia pertama mendaki puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro.
Wanita berusia 44 tahun itu sampai di puncak Uhuru terletak pada ketinggian 5,895 meter dari paras laut pada 24 September lepas.
"Saya bercita-cita untuk menyumbang kepada pemerkasaan wanita daripada semua generasi, menggalakkan mereka mempercayai kebolehan mereka.
"Bersama, kita boleh mengumpul keberanian untuk mengenali dan menyerlah potensi kita,” katanya kepada Bernama.
Kejayaan luar biasa beliau telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Ratu Cantik Pertama 'Berjaya Sampai ke Puncak Gunung Kilimanjaro’.
Sijil pengiktirafan itu akan disampaikan pada 1 November ini.
Harveen meraih gelaran Mrs Malaysia World pada 7 September 2017. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!