Kaunter aduan capaian internet dibuka di Parlimen

Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuka kaunter aduan masalah capaian internet di Bangunan Utama Parlimen bermula Isnin.

Beliau berkata, langkah itu bagi memudahkan semua ahli Parlimen melaporkan masalah internet yang dihadapi di kawasan masing-masing.

“Ada masalah internet? Lapor terus ke MCMC. Boleh minta ahli Parlimen anda untuk gunakan peluang ini.

“Saya telah meminta MCMC buka kaunter aduan di Bangunan Utama Parlimen mulai hari ini (Isnin) sehingga Rabu (25 Oktober),” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!