Tumpahan sisa di parit Bukit Bayan: Tiada bahan kimia berbahaya

Keadaan parit di Kampung Bukit Bayan yang tercemar dan berbuih dipercayai akibat tindakan pihak mencuci tong di lokasi berkenaan pada bulan lalu.
Keadaan parit di Kampung Bukit Bayan yang tercemar dan berbuih dipercayai akibat tindakan pihak mencuci tong di lokasi berkenaan pada bulan lalu.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mengesahkan sisa tumpahan di parit Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, di sini, pada bulan lalu tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya.

Pengarahnya, Rosli Mustafa berkata, berdasarkan hasil analisa kimia Jabatan Kimia Malaysia mendapati sisa tumpahan itu merupakan bahan pencuci atau sabun yang tidak berbahaya.

Menurutnya, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang menjadi punca berlaku tumpahan bahan tersebut.

"Bahan pencuci tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan pencemaran parit di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, yang tular didakwa berpunca tindakan pihak tertentu mencuci tong mengandungi sisa buangan berbahaya.

Difahamkan, kejadian disedari berlaku apabila air parit didapati bertukar warna kebiruan dan berbuih putih serta busuk.

JAS Melaka turut mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan telah mengarahkan mereka membersihkan sisa buangan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!