Terkejut anak ular sawa 'lawat' asrama

Anggota APM ketika menangkap anak luar sawa yang ditemui atas meja tulis dengan menggunakan peralatan khas.
Anggota APM ketika menangkap anak luar sawa yang ditemui atas meja tulis dengan menggunakan peralatan khas.
A
A
A

MELAKA - Sekumpulan pelajar di asrama lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini pada Isnin terkejut menemui seekor anak ular sawa di atas meja tulis dalam sebuah bilik.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia itu pada jam 9.03 pagi.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati seekor anak ular sawa yang memiliki panjang kurang satu meter masih berada di atas meja tulis asrama tersebut.

"Kejadian itu disedari seorang pelajar dikenali sebagai Muhamad Izzuddin sebelum dia membuat panggilan kecemasan.

"Kita mengambil masa sejam menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Tambahnya, reptilia itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memukul atau menangkap ular sekiranya tidak mempunyai sebarang kepakaran mahupun kemahiran.

"Kita percaya dalam keadaan cuaca panas ketika ini mengundang kehadiran reptilia yang ingin mencari tempat lebih sejuk sebagai ‘rumah’ baharu mereka," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!