Ibu tunggal berhenti menoreh demi urus anak terlantar
BERITA MOJO 23 OKTOBER 2023
Seorang ibu tunggal di Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai, Kelantan terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah bagi menjaga anak perempuannya yang lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Mac lalu, Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Kemalangan itu menyebabkan Nur Adawiyah Awang Noh, 15, patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri.
Menceritakan semula perkara itu, Norhaniza Arifin, 44, yang kehilangan suami sejak lima tahun lalu disebabkan serangan jantung berkata, semasa kejadian anaknya dalam perjalanan membeli kelengkapan persekolahan penggal baharu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: November dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo