Filipina dakwa China sengaja langgar kapal tentera

Kapal Pengawal Pantai China (kanan) mengepung bot awam disewa tentera laut Filipina untuk menghantar bekalan kepada kapal tentera laut di Second Thomas Shoal. - Foto AFP
Kapal Pengawal Pantai China (kanan) mengepung bot awam disewa tentera laut Filipina untuk menghantar bekalan kepada kapal tentera laut di Second Thomas Shoal. - Foto AFP
A
A
A

MANILA - Manila mendakwa kapal Pengawal Pantai China 'sengaja' melanggar bot milik Filipina dalam insiden berlaku pada hujung minggu, sehingga mencetuskan perbalahan diplomatik berhubung pertikaian di perairan Laut China Selatan.

Kedua-dua negara saling menyalahkan antara satu sama lain berhubung insiden pada Ahad di terumbu karang Second Thomas Shoal yang merupakan sebahagian Kepulauan Spratly di mana mereka masing-masing memfailkan bantahan diplomatik dan mengeluarkan video bagi menyokong tuduhan itu.

Pegawai Filipina mendakwa kapal China dan kapal 'militia' melakukan 'pergerakan berbahaya' yang mengakibatkan pelanggaran dengan bot membawa bekalan makanan dan kapal Pengawal Pantai Filipina.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilbert Teodoro pada Isnin, melabelkan tindakan China berhampiran perairan Second Thomas Shoal sebagai tindakan disengajakan.

"Kapal pengawal pantai dan militia maritim China secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa apabila mengganggu dan sengaja melanggar Unaiza May 2 serta kapal Pengawal Pantai Filipina BRP Cabra.

"Kami mengecam dengan sekeras-kerasnya pelanggaran dan perbuatan haram kapal China dalam zon ekonomi eksklusif yang terletak 370 kilometer dari Filipina selain memutar belit cerita untuk mencapai matlamat mereka," kata Teodoro.

Pada awal pagi Isnin, Kementerian Luar Filipina memanggil duta China ke Filipina, Huang Xilian dan mengemukakan bantahan diplomatik berhubung insiden itu.

Jurucakapnya, Teresita Daza berkata, duta itu tidak hadir dan diwakili timbalan ketua misinya, Zhou Zhiyong.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, China mendakwa pelanggaran kecil berlaku selepas bot bekalan Filipina mengabaikan amaran menerusi penguatkuasaan undang-undang secara tidak profesional dan berbahaya. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!