Kementerian Kesihatan Indonesia sahkan 7 kes aktif cacar monyet di Jakarta
JAKARTA - Kementerian Kesihatan mengesahkan tujuh kes aktif cacar monyet di Jakarta.
"Tujuh kes itu membabitkan penularan tempatan,” kata pegawai Teknikal bagi Transformasi Kesihatan kementerian, Dr Ngabila Salama, pada program bual bicara dalam talian pada Isnin, lapor ANTARA.
Beliau berkata, tujuh pesakit berusia antara 25 dan 35 tahun itu mengalami simtom ringan dan kini menjalani pengasingan di hospital.
"Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa di Jakarta sedang mengambil tindakan untuk mengesan dan mencegah wabak itu...,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!