Rentung kereta langgar pokok sebelum terbakar

Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang pemandu yang rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pasir Gudang pada Isnin.
Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang pemandu yang rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pasir Gudang pada Isnin.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pemandu rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di hadapan sebuah kilang dalam Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.13 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta jenis Nissan Almera yang terbabas melanggar pokok.
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta jenis Nissan Almera yang terbabas melanggar pokok.

"Kejadian melibatkan kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Almera yang telah terbabas melanggar pokok di tepi jalan lalu terbakar.

"Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa yang tersepit tidak dapat keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya ditemui rentung dalam kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan 'rescue tool' sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 11.51 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!