Iktiraf NREP bukti Arab Saudi ambil tahu perkembangan terkini Malaysia - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada sidang media selepas lawatan kerja dua hari ke Mesir hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada sidang media selepas lawatan kerja dua hari ke Mesir hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KAHERAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.

"Baginda (Putera Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu, hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi tenaga kita.

"Saya tentu terkesan kerana nampaknya negara Arab itu ambil pandangan amat serius tentang perkembangan mutakhir di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.

Dalam kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!