Arteta pertahan Raya

David Raya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Chelsea Ahad lalu. - Foto EPA
David Raya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Chelsea Ahad lalu. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan penjaga golnya, David Raya selepas dikritik oleh penyokong The Gunners susulan aksi kurang memuaskan ketika berdepan Chelsea pada Ahad lalu.

Arteta telah memilih Raya di gawang pasukan sejak beberapa minggu lalu dan meletakkan Aaron Ramsdale di bangku simpanan yang mengecewakan segelintir penyokong Arsenal.

Raya tertewas hasil percubaan silang Mykhailo Mudryk yang menerjah ke gawang semasa seri 2-2 dengan Chelsea dan melakukan satu lagi kesilapan namun gagal dimanfaatkan lawan.

“Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, kesilapan berlaku daripada pemain pertahanan, penyerang dan penjaga gol," kata Arteta.

Pengendali Sepanyol itu berkata, dia tidak menyangka Raya dikritik dengan segelintir penyokong Arsenal melaungkan nama Ramsdale selepas tamat perlawanan.

Sebelum ini, Arteta berkata, dia mungkin menggilirkan kedua-dua penjaga gol itu tetapi hanya menggunakan Raya sejak September lalu.

Mikel Arteta - Foto AFP
Mikel Arteta - Foto AFP

“Itulah tekanan bermain untuk kelab besar di mana anda perlu menang dan anda perlu berada pada tahap terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Itulah perdebatan dan keindahan permainan. Ia juga hakikat bahawa anda mempunyai pilihan lain dan akan menjadikan semua perbincangan itu lebih kerap," katanya.

Arteta turut mengesahkan Ramsdale bersedia dan berada dalam skuad untuk menentang Sevilla selepas dia terlepas perlawanan menentang Chelsea.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!