Duda didakwa dera anak kekasih hingga mati

Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya berusia 2 tahun, dua minggu lalu.
Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya berusia 2 tahun, dua minggu lalu.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya berusia 2 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Haziq Mustapa, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, duda yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai dalam daerah Kerian antara 11 Oktober hingga 13 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Pada 14 Oktober lepas, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan seluruh badan dipercayai akibat didera.

Keadaan mangsa disedari ibu bapa tertuduh berusia 62 dan 57 tahun yang menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital.

Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur.

Siasatan polis mendapati, tertuduh telah mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya yang terletak di kawasan perumahan sama untuk dijaga sementara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!