14 telaga tiub MCM, BPMB atasi masalah air di Rantau Panjang

Zulkifli (kanan) dan Noor Ain (tiga dari kiri) mencuba air yang dikeluarkan melalui telaga tiub.
Zulkifli (kanan) dan Noor Ain (tiga dari kiri) mencuba air yang dikeluarkan melalui telaga tiub.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pembinaan 14 telaga tiub oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bakal mengatasi masalah air yang dihadapi kira-kira 10,000 penduduk di daerah ini.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata, projek pembinaan itu dilaksanakan di 14 lokasi termasuk Bukit Jarum, Kampung Luar Gual Periuk, Taman Rantau Mas, Masjid Kubang Kual, Kampung Bakat dan Gual Sitok.

Menurutnya, kos keseluruhan projek berskala besar itu berjumlah RM291,200 yang dibiayai BPMB.

“Kawasan Rantau Panjang ini dipilih kerana masalah air yang dihadapi penduduk sudah sekian lama. Kami menggali telaga tiub sedalam 100 meter sebagai langkah penyelesaian.

“Projek ini dimulakan pada Jun 2022 dan siap sepenuhnya pada September 2023 bagi memberi bekalan air bersih kepada kira-kira 10,000 penduduk,” katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Projek Water2Survive di Taman Rantau Mas dekat sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Jabatan Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB, Noor Ain Mohd Amin.

Zulkifli berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk menambah pembinaan telaga tiub pada masa akan datang bergantung kepada dana yang disumbangkan pelbagai pihak dan orang ramai.

Simbolik penyerahan dana yang disampaikan Noor Ain (dua dari kanan) kepada Zulkifli (kiri).
Simbolik penyerahan dana yang disampaikan Noor Ain (dua dari kanan) kepada Zulkifli (kiri).

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, MCM juga melaksanakan 10 program bantuan air bersih kepada masyarakat di Pahang, Selangor dan Kedah yang terjejas akibat bencana alam serta kerosakan sistem perpaipan selain kemiskinan.

Katanya, di luar negara pula, sebanyak 169 telaga tiub didirikan antaranya di Afghanistan, Pakistan, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Kemboja, Chad dan Syria.

Sementara itu, Penghulu Mukim Banggol Kulim, Yahya Ali berkata, dengan pembinaan telaga tiub berkenaan dapat memberi keselesaan kepada penduduk termasuk jemaah masjid untuk berwuduk.

“Sebelum ini apabila bekalan air terputus atau bertekanan rendah, penduduk terpaksa menunggu lori tangki air daripada Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) datang.

Zulkifli (dua, kanan) dan Noor Ain (dua, kiri) melihat telaga tiub yang dibina oleh pihak-pihak berkenaan.
Zulkifli (dua, kanan) dan Noor Ain (dua, kiri) melihat telaga tiub yang dibina oleh pihak-pihak berkenaan.

“Semenjak telaga tiub ini dibina, sudah tidak ada lagi aduan mahupun rungutan berkaitan ketiadaan air diterima di kawasan mukim ini,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!