Velazquez senjata baharu Harimau Malaya?

Leandro Velazquez
Leandro Velazquez
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap agar pemain import kelab itu, Leandro Velazquez akan menjadi pemain naturalisasi negara yang terbaharu.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, pemain kelahiran Argentina itu mempunyai kualiti yang baik ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

"Saya berharap agar dia dapat menjadi pemain tempatan kerana saya rasa dia pemain sangat berkualiti," katanya dalam rancangan temubual Nindia bola di Astro Arena.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai JDT sejak 2015 dan sememangnya diingati ketika jaringannya membantu skuad Harimau Selatan muncul juara Piala AFC pada tahun tersebut.

Malah, impak pemain tengah menyerang itu kepada JDT juga cukup besar membantu pasukan kelab tersebut menggondol kejuaraan di Liga Malaysia dan akan menjadi nilai tambah terbaik kepada pasukan Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, Velazquez ketika ini sedang mengalami kecederaan dan sanggup menunggu pemain itu pulih sepenuhnya.

"Buat masa ini Leandro masih cedera. Oleh kerana jasa beliau bersama pasukan JDT, saya akan tunggu walau berapa lama sekalipun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!