Pembinaan TAPS Sungai Lebah Salleh perlu rundingan Malaysia, Singapura
BERITA MOJO 24 OKTOBER 2023
Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Lebah Salleh, Kota Tinggi, Johor memerlukan persetujuan di peringkat Pusat kerana Johor masih mempunyai perjanjian bekalan air dengan Singapura, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrasuktur negeri, Mohamad Fazli Mohamed Salleh berkata, air Sungai Johor akan ditakungkan di TAPS Sungai Lebah Salleh untuk penyaluran bekalan air di kawasan pusat pengumpulan data Sedenak, Kulai.
Jelasnya, perbincangan yang dilakukan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini tentang cadangan pembinaan TAPS ini, mendapat respons positif.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo