Pemandu MPV maut tersepit

Anggota bomba mengeluarkan pemandu MPV yang meninggal dunia dalam kemalangan dekat Felda Bukit Batu Kulai pada petang Selasa.
Anggota bomba mengeluarkan pemandu MPV yang meninggal dunia dalam kemalangan dekat Felda Bukit Batu Kulai pada petang Selasa.
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler dekat Felda Bukit Batu di sini pada petang Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Firdaus Juritah berkata, panggilan berhubung kemalangan itu diterima pada jam 6 petang sebelum 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dikejarkan ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan sebuah lori treler 30 tan dan sebuah MPV jenis Toyota Avanza. Dalam kejadian tersebut, pemandu lori treler berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Manakala pemandu Toyota Avanza dikenali Muhammad Noor Ikhmal bin Kamarudin, 21, telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya.

Mohd Firdaus berkata, anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!