Lebih 5,795 maut akibat pengeboman di Tebing Barat, Semenanjung Gaza


Gambar yang diambil dari bandar Sderot di selatan Israel menunjukkan asap berkepul-kepul semasa serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP
Gambar yang diambil dari bandar Sderot di selatan Israel menunjukkan asap berkepul-kepul semasa serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 5,700 kematian dan 16,000 kecederaan dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala seramai 95 orang terbunuh dan 1,836 lagi cedera di Tebing Barat.

Sekitar 70 peratus mangsa yang terbunuh terdiri kanak-kanak (2,360), wanita (1,292) dan warga emas (295), lapor Agensi Berita Palestin WAFA.


Seorang saudara meratapi jenazah anggota keluarga Abu Morad yang meninggal dunia akibat serangan Israel, semasa pengebumian di Khan Yunis di selatan Gaza pada Selasa. - Foto AFP
Seorang saudara meratapi jenazah anggota keluarga Abu Morad yang meninggal dunia akibat serangan Israel, semasa pengebumian di Khan Yunis di selatan Gaza pada Selasa. - Foto AFP

Selain itu, sebanyak 10 daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi akibat pengeboman atau kehabisan bahan api.

Mereka yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dianggarkan berjumlah 1.4 juta.

Sebanyak 250 kes serangan terhadap kakitangan kesihatan, kemudahan kesihatan dan ambulans direkodkan hingga mengakibatkan 42 petugas kesihatan terkorban, lebih 34 cedera dan 50 ambulans rosak.

Artikel Berkaitan:

Seorang kanak-kanak yang cedera dalam pengeboman Israel dibawa untuk rawatan kecemasan di Hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP
Seorang kanak-kanak yang cedera dalam pengeboman Israel dibawa untuk rawatan kecemasan di Hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP

Sementara itu, 69 serangan terhadap kemudahan kesihatan menyebabkan tujuh daripadanya tidak lagi beroperasi iaitu Hospital Arab Al Ahli, Hospital Beit Hanoun, Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, Pusat Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah, Pusat Rehabilitasi Mohammad, Hospital Al-Karama dan Hospital Al-Wafa, selain ancaman pengusiran yang menjejaskan 24 hospital.

Setakat ini, hospital di Semenanjung Gaza menerima 1,450 laporan mengenai mangsa yang masih hilang, termasuk 800 kanak-kanak, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan. Bernama-WAFA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!