Enam lokomotif diesel bantu pembinaan landasan ECRL

Enam unit keretapi Lokomotif Diesel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah tiba di Pelabuhan Kuantan secara berperingkat sejak Sabtu lalu bagi membantu kerja-kerja pembinaan landasan.
Enam unit keretapi Lokomotif Diesel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah tiba di Pelabuhan Kuantan secara berperingkat sejak Sabtu lalu bagi membantu kerja-kerja pembinaan landasan.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Enam unit kereta api lokomotif diesel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah tiba di Pelabuhan Kuantan secara berperingkat sejak Sabtu lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kereta api tersebut digunakan membantu kerja pembinaan di landasan ECRL terutama melibatkan pemasangan rel-rel ECRL.

"Setakat ini, sebanyak enam unit lokomotif diesel telah berjaya dipindahkan ke depoh ECRL di Pelabuhan Kuantan sehingga kini.

"Kereta api tersebut buatan CRRC Ziyang, China dan panjang lokomotif ialah 22000mm (millimeter) iaitu 22 meter setiap unit," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mohammad Fakhruddin
Mohammad Fakhruddin

Beliau memaklumkan kerja-kerja pembinaan ECRL sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 52.64 peratus.

Jelasnya, bagi pembinaan di Pahang untuk infrastruktur seksyen B dan C sudah cecah 55.03 peratus sehingga September lalu.

"Pembangunan projek ECRL dari Kota Bharu hingga Terminal Bersepadu Gombak juga melalui Pahang dijangka siap pada Disember 2026.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Fakhruddin mengiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meninjau tapak pembinaan projek ECRL di Terowong Genting pada April lalu.
Mohammad Fakhruddin mengiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meninjau tapak pembinaan projek ECRL di Terowong Genting pada April lalu.

"Ini sekali gus akan membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada tahun 2027," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!