Jurujual kedai emas pecah amanah diberkas

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.
Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.
A
A
A

AMPANG - Seorang jurujual sebuah kedai emas di sini ditahan kerana disyaki memalsukan invois serta resit untuk mengambil barang kemas bernilai RM12,838.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada September dan Oktober lalu.

"Pengadu merupakan seorang pengurus kedai emas berkenaan mendapati seorang wanita yang bekerja sejak tiga tahun lalu itu disyaki pecah amanah dengan memalsukan invois serta resit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam berkata, pihaknya telah menahan suspek berusia 31 tahun itu pada Isnin lalu, di premis berkenaan setelah pengadu menghubungi polis.

"Polis berjaya menjumpai dua utas rantai leher, satu loket dan sepasang subang milik syarikat yang telah dijual kepada kedai emas lain.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: