Penoreh getah cuba bunuh polis guna kapak dijel 8 tahun
Penoreh getah cuba bunuh polis guna kapak dijel 8 tahun
BERITA MOJO 25 OKTOBER 2023
Seorang penoreh getah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis menggunakan kapak, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Saidi Che Omar yang mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, tertuduh turut boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/631288/berita/semasa/penoreh-getah-cuba-bunuh-polis-dijel-8-tahun
#BeritaMojo #SinarHarian