Bukan nak runtuh...
SHAH ALAM - Sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang kelihatan condong bukan menandakan akan runtuh sebaliknya ia adalah reka bentuk unik bangunan itu.
Gambar projek pembinaan 8 Conlay itu yang kelihatan condong menjadi tular di media sosial dengan kapsyen mendakwa bangunan tersebut akan runtuh.
Gara-gara gambar tersebut telah mencetuskan kebimbangan orang ramai untuk tidak melalui kawasan berhampiran dengan pusat membeli-belah, Pavilion itu.
Menerusi satu kenyataan oleh pemajunya, KSK Land berkata, ia adalah reka bentuk bangunan berkenaan yang menjadikannya kelihatan seperti itu.
“Dirancang oleh RSP Architects KL, 8 Conlay mempunyai salah satu menara kediaman berkembar tertinggi di dunia yang dipanggil YOO8.
“Bergantung kepada sudut, reka bentuk unik menara itu akan kelihatan seolah-olah condong,” kata kenyataan itu yang dipetik menerusi The Star.
Menurut pemaju, soal keselamatan menjadi keutamaan dalam pembinaan projek tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!