Bukan Islam diajak bersolidariti untuk Palestin

Chia Zhen menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri di Gaza.
Chia Zhen menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri di Gaza.
A
A
A

ALOR SETAR - Masyarakat bukan Islam diajak untuk sama-sama menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Israel di Semenanjung Gaza.

Ketua Pemuda, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata, pihaknya mengecam segala bentuk serangan zalim ke atas Palestin termasuk terbaharu di Tebing Barat selain beberapa lokasi di selatan Lubnan turut berdepan serangan roket oleh Israel.

Menurutnya, kecenderungan media Barat yang memanipulasi serangan Israel ke atas Gaza juga amat dikesali apabila memainkan sentimen kononnya Israel bertindak untuk mempertahankan diri sementara Hamas dikecam kerana didakwa melakukan keganasan.

“Saya bukan seorang Muslim tetapi saya berdiri teguh mengutuk tindakan serangan terhadap rakyat di Gaza.

“Selagi masih ada serangan terhadap Palestin, kita akan sentiasa menyokong dan bersama rakyat Palestin,” katanya di sini pada Rabu.

Chia Zhen yang juga Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan berharap semua rakyat Malaysia pelbagai kaum turut menyatakan sokongan kepada Palestin.

“Temu bual bersama Duta Besar, Ketua Misi Palestin ke United Kingdom, Husam Zomlot hanyalah penculikan moral, seolah meletakkan Husam di kedudukan bagi mengiakan naratif mereka.

“Malah Menteri Luar China dipetik sebagai berkata Israel telah 'melampaui skop pertahanan diri', sudah tentu perkara ini tidak semudah itu,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, sikap hipokrasi media Barat dan Israel ternyata begitu jelas bahawa mereka menafikan sepenuhnya pendudukan ke atas tanah Palestin yang menjadikan rakyat Palestin sebagai pelarian di tanah mereka sendiri.

“Saya juga mengutuk setiap tindakan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai terutamanya yang mencabuli hak dan tanah Palestin sehingga beribu-ribu orang awam di Gaza terjejas,” ujarnya.

Chia Zhen berharap kemelut rakyat Palestin itu akan menemui penyelesaian dan mereka kembali hidup dalam keadaan aman secepat mungkin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!