China umum kru angkasawan Shenzhou-17

China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17. - Foto kredit China Media Group (CMG)
China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17. - Foto kredit China Media Group (CMG)
A
A
A

JIUQUAN - China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), Tang Hongbo yang juga komander misi Shenzhou-17 dan kru berkenaan antara angkasawan termuda yang terpilih menyertai misi itu sejak projek pembinaan stesen angkasa China dilancarkan.

Tiga angkasawan itu tampil di khalayak pada sidang media bersama wartawan tempatan dan asing di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada jam 11 pagi.

Kapal angkasa Shenzhou-17 akan dilancarkan pada jam 11.14 pagi esok (Khamis).

Objektif misi kali ini antaranya termasuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-16 dan singgah di stesen angkasa selama enam bulan, melaksanakan eksperimen saintifik, menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta kerja pemasangan dan penyelenggaraan.

Naib pengarah CMSA Lin Xiqiang berkata kerja persiapan bagi pelancaran kapal angkasa berkenaan sudah selesai dan tiga angkasawan berada dalam keadaan baik.

Kru Shenzhou-16 dijadual kembali ke Bumi pada 31 Oktober selepas menyelesaikan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-17. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!