Jalan Dutamas dinaiki air

Lokasi banjir di Jalan Dutamas, petang tadi.
Lokasi banjir di Jalan Dutamas, petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di ibu kota mengakibatkan Jalan Dutamas di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.3 meter petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Sentul bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota bertindak membuat pemantauan di sekitar lokasi mendapati jalan tersebut dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter)," katanya melalui kenyataan media tadi.

Anggota tersebut mengawal keadaan di lokasi selama enam minit, sebelum air banjir tersebut mulai surut.

Tiada kenderaan yang terkandas di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!