Warga emas ditahan miliki dadah

Dadah dirampas daripada seorang lelaki warga emas yang ditahan di Jalan Ibrahim Muar.
Dadah dirampas daripada seorang lelaki warga emas yang ditahan di Jalan Ibrahim Muar.
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di Jalan Ibrahim, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, penahanan lelaki warga tempatan itu dilakukan pada jam 10.30 malam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

"Pemeriksaan di rumah lelaki itu menjumpai 100 biji pil eramin, syabu seberat 80.4 gram dan 109.56 gram heroin dianggarkan bernilai RM20,070.

"Selain itu, turut di sita sebuah kereta, barang kemas, jam tangan serta wang tunai RM300. Nilai sitaan sebanyak RM541,300," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

"Suspek telah dituduh di mahkamah pada Rabu, namun tiada jaminan yang ditawarkan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!