Tiga maut siklon Hamoon badai Bangladesh
DHAKA - Tiga orang maut selepas siklon Hamoon membadai Teluk Benggala pada Selasa, manakala kira-kira 270,000 penduduk dipindahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh, siklon itu yang melanda pantai Chattogram-Cox’s Bazar pada pagi Rabu, semakin melemah dan pihak berkuasa Bangladesh menurunkan tahap amaran di kawasan pelabuhan maritim dan daerah pesisir pantai.
Ketua pentadbiran daerah, Shaheen Imran berkata, kebanyakan kediaman rosak dan pentadbiran tempatan sedang menilai tahap kerosakan.
Beliau berkata, bekalan elektrik di beberapa bahagian di daerah itu turut terjejas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!