'PH bohong hutang negara bukan turun tapi makin naik', kata Najib

Perkongsian Najib di Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 7,700 tanda suka
Perkongsian Najib di Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 7,700 tanda suka
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berhasrat untuk menurunkan hutang negara malah terdesak ingin menambahnya lebih tinggi berbanding kerajaan terdahulu.

Najib mendedahkan berdasarkan laporan rasmi pengurusan hutang Kementerian Kewangan yang mendakwa nisbah hutang langsung kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang penggal pilihan raya umum adalah lebih tinggi berbanding nisbah 48.7 peratus yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu.

Menurutnya, laporan itu juga mengatakan jika trend hutang naik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah PH diteruskan, maka hutang langsung negara akan cecah had undang-undang 55 peratus pada tahun 2021.

"Penurunan sedikit nisbah ini (namun masih di atas 51 peratus - iaitu lebih tinggi dari 48.7 peratus masa BN) hanya kelihatan pada tahun 2023 dan 2024. Masa itu, tak tentu lagi PH akan masih berkuasa.

"Dia harapkan Muafakat Nasional turunkan hutang yang mereka naikkan pada tahun 2023 dan 2024 ke? Masa saya PM, defisit negara turun 8 tahun berturut-turut. Akibat itu, nisbah hutang juga menurun ke 48.7 peratus pada suku pertama tahun 2018.

"Kini defisit dan nisbah sudah dinaikkan oleh PH dan dirancang untuk terus tinggi pula. Laporan juga kata kalau trend hutang naik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah PH diteruskan, maka hutang langsung negara akan cecah had undang-undang 55 peratus pada tahun 2021," tulisnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Najib yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu, jika trend begini diteruskan kerajaan dalam penggal lima tahun ini, maka hutang langsung negara akan benar-benar mencecah RM1 trilion berbanding RM686.8 bilion semasa pemerintahan BN.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu, hutang langsung negara telah mencecah RM800 bilion (berbanding RM686.8 bilion masa BN) dengan begitu pantas sekali di bawah PH. Nampak sangat bahawa orang yang mereka tuduh sebagai 'perompak' dan 'pemusnah' negara ialah orang yang turunkan nisbah hutang.

"Yang mendakwa diri sebagai 'penyelamat negara' dan berjanji akan turunkan hutang negara pula yang merancang untuk hutang negara yang lebih tinggi. Apa komen, Guan Eng? Adakah kementerian Kewangan PH tipu atau Menteri Kewangan yang bohong?,"tulisnya.

Perkongsian Najib di Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 7,700 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib yang mengharapkan agar kerajaan menunaikan janji mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!