PSG benam Milan
KYLIAN Mbappe, Randal Kolo Muani dan Lee Kang-in masing-masing meledak gol ketika Paris Saint-Germain kembali ke landasan kemenangan dalam Liga Juara-Juara menewaskan AC Milan 3-0 pada awal pagi Khamis.
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan kepada Newcastle United tiga minggu lalu dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
Mbappe membuka jaringan sejurus selepas setengah jam dengan gol ke-10 kelabnya musim ini, dan rakan sepasukannya dari Perancis, Kolo Muani menambah satu lagi jaringan lapan minit selepas separuh masa kedua bermula.
Kang-in yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol ketiga di penghujung perlawanan menjadikan gol pertamanya untuk bintang Korea Selatan itu bersama PSG.
“Kami sangat berbangga dengan persembahan kami.
“Memenangi perlawanan ini memberikan keyakinan kepada semua orang dan kami perlu meneruskan cara ini,” kata Kolo Muani kepada penyiar Canal Plus.
Setelah memulakan kempen Eropah mereka dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri menentang Borussia Dortmund, PSG mendahului Kumpulan F dengan enam mata.
Milan yang juga juara Eropah tujuh kali itu berada di tangga terbawah dengan dua mata dan kebimbangan besar buat pasukan Stefano Pioli ialah mereka masih belum menjaringkan gol dalam peringkat kumpulan.
“Jelas sekali kami tidak berada dalam kedudukan yang baik.
“Saya berharap Newcastle tidak akan menewaskan Dortmund kerana itu akan membantu kami tetapi kami tidak boleh hanya berharap keputusan lain akan berjaya,” akui Pioli.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!