Kemalangan maut pelajar sekolah, pemandu lori direman
BERITA MOJO 26 OKTOBER 2023
Pemandu lori yang terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal hingga mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Lima di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat–Kluang, Johor pada Rabu direman selama empat hari, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Mohd Amin.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafiuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini pada Khamis.
Lelaki warga tempatan terbabit sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi polis.
Dia direman sehingga Ahad ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo