Setia raikan ulang tahun ke-50, anjur konsert bersama Ella

Setia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 dengan menganjurkan 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di di Setia SPICE Penang.
Setia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 dengan menganjurkan 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di di Setia SPICE Penang.
A
A
A

PEMAJU hartanah terkemuka, Setia bakal meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2024 dan bakal menganjurkan banyak program istimewa sebagai memperingati peristiwa penting kepada syarikat tersebut.

Setia dalam satu kenyataan berkata, sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan ratu rock Malaysia, Ella untuk menganjurkan konsert besar yang akan berlangsung di Setia SPICE Penang hujung minggu ini pada 28 Oktober 2023.

“Selama bertahun-tahun, Setia telah memperluaskan kehadirannya di seluruh dunia dan meletakkan dirinya sebagai jenama antarabangsa yang dipercayai dengan projek antarabangsa di seluruh dunia, merangkumi lokasi iaitu United Kingdom, Singapura, Vietnam, dan Australia.

“Setia bekerjasama dengan Ella, ratu rock wanita legenda Malaysia dalam industri muzik Malaysia untuk meraikan 50 tahun membentuk masa depan dengan komunitinya melalui bahasa muzik sejagat.

“Ratu rock akan kembali ke kampung halamannya untuk 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' yang dinanti-nantikan, di mana dia akan menghiburkan hampir 14,000 peminat muzik dengan hits terhebatnya di Setia SPICE Arena yang ikonik di Pulau Pinang yang merupakan tempat rasmi untuk acara luar biasa ini,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebagai menghargai sokongan peminat, Setia menambahkan 1,000 tiket RockZone.

“Selain itu, sesiapa yang terpilih lucky Setia Fontaines Citizen Setia yang menandatangani perjanjian jual beli semasa kempen tahunan Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan berpeluang mendapatkan tiket RockZone secara percuma dan bertemu Ella secara peribadi semasa sesi 'Meet and Greet' khas,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, Setia juga memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan melalui cabang amalnya, Yayasan SP Setia.

Artikel Berkaitan:

Bersama-sama dengan Ella, sukarelawan korporat Setia akan melawat Pusat Jagaan Darul Hanan pada 29 Oktober untuk membawa keselesaan dan kehangatan kepada warga tua asnaf.

Program itu sejajar dengan objektif kedua Yayasan S P Setia iaitu untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, kurang upaya, miskin, atau sakit kritikal, menangani keperluan individu-individu ini dan menyediakan mereka dengan bantuan dan sumber yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!