Tadabbur al-Quran di Himpunan Sejuta Pembela Palestin

Mohd Ridhwan (empat dari kiri) dan Mohd Hakim (lima dari kiri) ketika sidang akhbar penganjuran Himpunan Sejuta Pembela Palestin di Kota Cemerlang di Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
Mohd Ridhwan (empat dari kiri) dan Mohd Hakim (lima dari kiri) ketika sidang akhbar penganjuran Himpunan Sejuta Pembela Palestin di Kota Cemerlang di Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Himpunan Sejuta Pembela Palestin yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat pada Ahad ini, bukan sekadar menghimpunkan 10,000 orang, namun menggalakkan masyarakat membaca al-Quran dan mentadabbur dengannya.

Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Noor berkata, himpunan bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza itu akan diterjemahkan dengan pemilihan tadabbur surah Musabbihat.

Menurutnya, tadabbur tersebut menunjukkan salah satu cara kepada rakyat negara ini menyatakan sokongan terhadap Palestin menerusi kefahaman tujuh surah berkenaan dan tidak semestinya sokongan diberikan secara beremosi.

Katanya, surah berkenaan diangkat kerana akan menjadi formula pembebasan al -Aqsa yang turut disebut dalam ucapan beberapa pemimpin bahawa peperangan atau peristiwa yang berlaku hari ini ada permulaan dan pengakhirannya.

"Ini kerana dalam tempoh beberapa ketika ini Israel Zionis itu akan lenyap dan hancur seperti mana dijanjikan dalam al-Quran menerusi surah al-Israa," katanya ketika sidang akhbar di Kota Cemerlang di Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam(DMDI) yang juga sekretariat bersama Himpunan Sejuta Pembela Palestin Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Mohd Hakim berkata, bermula dengan gelombang mega yang dinamakan #IsraelCuak baru-baru ini, sambutan yang diterima begitu menggalakkan sekali gus menyasarkan kutipan dana RM100 juta menerusi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Sementara itu, Ridhwan berkata, Melaka akan menjadi negeri pertama menganjurkan himpunan itu sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan membawa tokoh-tokoh daripada setiap NGO untuk memberikan pandangan dan ucapan, secara tidak langsung mengumpulkan dana untuk membantu saudara kita di Palestin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!