RM4.5 juta untuk pembangunan, kebajikan di Simpang Renggam
KUALA LUMPUR - Peruntukan berjumlah RM4.5 juta telah diagihkan ke Parlimen Simpang Renggam, Johor bagi pembangunan dan kebajikan penduduk kawasan itu dari Mei 2018 hingga Disember tahun ini.
Berdasarkan infografik kad laporan Ahli Parlimen kawasan itu, Dr Maszlee Malik yang dikongsikan menerusi ciapan laman Twitter rasminya, sebanyak 41 peratus atau RM1.85 juta diagihkan bagi kemasyarakatan dan program.
"Sebanyak 37 peratus (RM1.65 juta) pula disalurkan untuk pembangunan rakyat dan infrastruktur, sementara masing-masing 11 peratus bagi kebajikan (RM509,000) dan pendidikan (RM488,400).
“Saya dan pasukan Pejabat Parlimen akan bekerja lebih kuat pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat Simpang Renggam,” ciap Maszlee yang juga Menteri Pendidikan.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!