Boeing pecat CEO Muilenburg

Dennis Muilenburg. - Foto Agensi
Dennis Muilenburg. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Dennis Muilenburg meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing selepas syarikat itu mengalami beberapa masalah termasuk nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 individu tahun lalu.

Boieng dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Pengarah memutuskan bahawa perubahan dalam kepimpinan adalah perlu untuk memulihkan keyakinan terhadap syarikat dalam memperbaiki hubungan dengan pengawal selia, pelanggan dan semua pemegang kepentingan lain.

Pengerusi, David Calhoun akan mengambil alih jawatan Muilenburg sebagai CEO dan Presiden berkuat kuasa 13 Januari depan.

Muilenburg, 55, dilantik sebagai CEO syarikat aeroangkasa terbesar di dunia itu pada Julai 2005.

Sebelum itu, beliau memegang peranan sebagai pengerusi dan melepaskan jawatan tersebut pada Oktober. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!