'Jemput' Teresa Kok ke Langkawi, Mohd Suhaimi didakwa komen lucah

Mohd Suhaimi didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis. - Foto Awani
Mohd Suhaimi didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis. - Foto Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Perkara itu dibangkitkan Chong Zhemin (PH-Kampar) merujuk ayat 'tidak pakai apa-apa' dikeluarkan Mohd Suhaimi yang ditujukan kepada Teresa Kok (PH-Seputeh).

Semuanya bermula ketika Teresa mencelah bertanya adakah boleh memakai seluar pendek di Langkawi, sewaktu Mohd Suhaimi berbahas meminta kerajaan membangunkan industri pelancongan di kawasan itu.

Teresa: “YB, sekarang kita pergi pantai Langkawi, boleh pakai seluar pendek ke?”.

Mohd Suhaimi: “OK, saya nak jemput khusus kepada Seputeh datang, tak mahu pakai apa pun tak apa... Yang dok tanya seluar pendek ini pasal apa?

Zhemin kemudian bangun mempertikaikan kenyataan itu: “Tak pakai apa-apa... bogel... mana boleh, itu melanggar peraturan".

Mohd Suhaimi kemudian menyambung: “Saya terlupa nak sebut, saya nak bayangkan bagaimana Seputeh datang tak pakai apa-apa pun.”

Tidak berdiam diri, Teresa membalas: “Ini lucahlah. Fikiran kurang bersih. Adoi,”.

Artikel Berkaitan:

Begitupun, isu itu selesai di situ sahaja selepas Timbalan Speaker, Alice Lau mengarahkan sidang diteruskan seperti biasa. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!