Jauhi aktiviti air semasa Monsun Timur Laut

JBPM meminta orang ramai mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti air semasa musim MTL bermula November ini. - Gambar hiasan
JBPM meminta orang ramai mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti air semasa musim MTL bermula November ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta orang ramai mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti air semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) bermula November ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti riadah dan rekreasi di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian kepala air ketika musim MTL.

Beliau berkata, masyarakat juga disaran agar tidak melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian atau bermandi-manda di kawasan air terjun dan sungai.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Malaysia mengawal semua aktiviti rekreasi untuk mengelak sebarang kemungkinan malapetaka membabitkan nyawa.

"Kalau boleh elak beriadah di kawasan air terjun yang berisiko berlakunya kepala air sepanjang musim MTL sehingga Mac tahun depan.

“Kawalan ketat ini penting kerana sekiranya berlaku sebarang insiden ia boleh menyukarkan agensi penyelamat itu sendiri untuk menembusi kawasan itu dan bukan sekadar menyulitkan penganjur aktiviti luar itu," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Kesiapsagaan Bencana Tahun 2023.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis tersebut, seramai 96 pegawai bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Turkiye menerima sijil penghargaan khas bagi menghargai jasa dan sumbanga diberikan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kepala air yang mungkin berlakunya banjir besar, Abdul Wahab berkata, perkara itu bergantung kepada jumlah taburan hujan di sesebuah kawasan.

Jelasnya, jumlah taburan hujan hanya boleh menyebabkan banjir di pesisir aliran sungai dan mencetuskan kepala air.

"Cuma kita risau apabila ada aktiviti beriadah di kawasan air terjun sebagaimana berlaku di beberapa tempat di luar jangkaan sebelum ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!