Hantaran sate anjing dijual di Sitiawan palsu - Polis
Gambar hiasan
A
A
A
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan hantaran yang dimuat naik itu tidak benar.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Syamsul Hazeman Md Salleh turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan berkenaan.
"Saya tidak mendapat maklumat dan kejadian itu bukan berlaku di Manjung," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Seorang pengguna media sosial dengan nama Md Sani Md Shah mendakwa warga Myanmar dan Bangladesh ditahan pihak berkuasa kerana menjual sate menggunakan daging anjing berhampiran sebuah pasar raya di Sitiawan.
Bagaimanapun, semakan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di Bazar Geylang Raya di Singapura pada 2017. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!