MCA tagih janji PH selesai isu pekebun Cameron Highlands

MCA menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Pahang menunaikan janji untuk menyelesaikan isu pekebun di Cameron Highlands. - Gambar fail Sinar Harian
MCA menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Pahang menunaikan janji untuk menyelesaikan isu pekebun di Cameron Highlands. - Gambar fail Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - MCA menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Pahang menunaikan janji untuk menyelesaikan isu membabitkan pekebun di Cameron Highlands sebagaimana dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu Januari lalu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pekebun berkenaan telah diarahkan oleh kerajaan supaya mengosongkan kawasan tanaman yang diterokai mereka di sekitar Lembangan Sungai Ichat, Sungai Tiang dan Sungai Bertam, Cameron Highlands.

Menurutnya, MCA menghormati hak kumpulan ini untuk menyelesaikan perkara tersebut melalui sistem perundangan namun berpendapat adalah lebih baik perundingan diadakan di antara pihak plaintif dengan pihak berkuasa bagi mencapai situasi menang-menang.

"MCA faham dan menghormati tindakan undang-undang ke atas kesemua yang terlibat yang telah diberikan notis seawal Februari 2018 sehingga Mac 2019 dan tindakan diambil akibat pelanggaran syarat Pemilikan Sementara yang menyebabkan ketiga-tiga sungai tersebut tercemar dengan teruknya.

"Bagaimanapun, MCA ingin mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentang janji politik PH dan DAP yang berulang kali berjanji untuk melindungi dan membantu pekebun-pekebun di Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, keputusan pencerobohan Ops Lestari 2 oleh MKN telah mengenepikan janji pemimpin PH yang akan melindungi pekebun.

"MKN yang dipengerusikan oleh Wan Azizah bersama dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail perlu menyelesaikan isu itu dengan memberi perhatian kepada kerugian ekonomi dan kesengsaraan mereka.

“Sudah tiba masanya mereka menggalas tanggungjawab dan menunaikan janji politik mereka sekarang," katanya,

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!