Fahmi ucap takziah kepada keluarga Bad Indigo
MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi Bad Indigo atas pemergian penyanyi itu pada Khamis.
Fahmi dalam hantaran di Facebooknya mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad Indigo, penyanyi yang telah meninggal dunia hari ini. Al-Fatihah,” katanya.
Media tempatan melaporkan Bad Indigo, 48, meninggal dunia kira-kira 7 malam ini di tempat kerjanya, sebuah bengkel kenderaan di Ampang.
Kumpulan Indigo yang ditubuhkan pada 1996, popular dengan membawakan lagu-lagu berentak pop Melayu dan kumpulan itu turut dianggotai Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, Shahrul Nizam Abdul Aziz dan Nor Shazman Nor Shahid. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!