Kasut jenama mewah disamakan dengan mi ramen
WASHINGTON - Koleksi pramusim luruh 2020 kasut jenama mewah, Bottega Veneta kini menjadi meme di media sosial gara-gara rekaannya yang didakwa menyerupai mi ramen.
Akaun Diet Prada di Instagram turut memuat naik gambar kasut berkenaan bersama mi ramen yang belum dimasak untuk menunjukkan persamaannya.
Foto tersebut kemudiannya menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Kasut mi ayam bersama soda,” kata salah seorang pengguna di Instagram.
Seorang lagi pengguna media sosial terbabit turut membuat komen melucukan apabila dia meminta orang ramai memilih diet lebih baik, 'tinggi atau rendah sodium?’
Sementara itu, ada juga pengguna yang menyamakan kasut itu dengan rambut kerinting ikon pop, Justin Timberlake ketika beliau menganggotai kumpulan NSYNC.
“Buat saya terfikir tentang Justin Timberlake setiap kali melihat mi ramen. It’s gonna be Mayyyyy,” ujarnya merujuk kepada salah satu lagu terkenal kumpulan itu berjudul, Its Gonna Be Me.
Difahamkan, Bottega bukan satu-satunya fenomena fesyen yang menjadi meme malah pakaian musim sejuk dikenakan selebriti, Kyle Jenner pada awal bulan lalu juga mendapat respons sama daripada akaun ItsMaysMemes. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!